Khamis, 20 Mei 2010

Solat Sunat Taubat



Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila - bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok - eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan - bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat





Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT
Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Doa Sujud terakhir rakaat kedua.








Tiada tuhan melainkan Engkau, Mahasuci Engkau Sesungguhnya Aku tergolong dari Orang Yang Zalim, Ampunilah daku , Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.

Aku memohon ampun kepada Tuhan yang maha Agung yang tiada tuhan melainkan Dialah yang Maha Hidup dan kekal . Aku memohon ampun kepadaNya

2. Tiada had
Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.
3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.
Doa Taubat





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


0 ulasan: