Isnin, 3 Mei 2010

Hari Ibu - Artikel 1


Sabda Nabi s.a.w”Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah S.a.w: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi? kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu (Muttafaqun alaih)

Ibu - bapa mempunyai kedudukan di sisi Allah S.W.T sehingga Allah swt memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya. Allah berfirman” dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata - mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua - duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra 23)

Pengorbanan wanita bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang atau harta benda. Segala kesusahan ketika hamil sehinggalah melahirkan amat jerih dan penuh dengan pengorbanan. Sebagai anak kita dituntut mengenang jasa dan pengorbanan ibu. Allah berfirman” dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Luqman 14)

0 ulasan: