Rabu, 27 Februari 2019

PERANAN ASATIZAH DALAM ISU PENGHINAAN RASULULLAH



๐Ÿ”บ Kebelakangan ini terdapat banyak suara dari Malaysia yang memburukkan peribadi Rasulullah terutamanya menerusi media baharu. Ia kelihatan semakin banyak dan dipercayai disengajakan bagi mewujudkan suasana yang tidak baik kepada masyarakat Malaysia. Menghina peribadi baginda hanyalah suatu tindakan yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana Islam merupakan agama persekutuan di Malaysia dan majoriti umat Islam di negara ini beragama Islam.

๐Ÿ”บ Sudah terdapat banyak kenyataan dari seluruh umat Islam, bermula dari Institusi Mufti (Perak dan Wilayah Persekutuan), parti politik Islam, NGO Islam dan individu yang mengutuk tindakan berkenaan dan mendesak supaya suatu tindakan yang tegas dilakukan.

๐Ÿ”บ Peranan asatizah ialah untuk menyedarkan umat Islam bahawa

1- Musuh Islam tidak berdiam dan mereka berusaha untuk melakukan apa sahaja untuk merosakkan hubungan masyarakat.
2- Musuh Islam semakin berani melakukan sesuatu yang menghina Islam di Malaysia
3- Bagaikan ada pihak yang melindungi kerja jahat ini
4- Perlu mengambil tindakan yang rasional dan tidak terikut dengan rentak segelintir pihak yang sengaja menimbulkan suasana yang tidak harmoni berlaku dalam masyarakat.

๐Ÿ”บPerkara ini boleh disentuh dalam kuliah masing-masing dan mana-mana saluran yang sesuai kerana ini adalah isu yang melibatkan kepentingan Islam.

Nabi SAW :
ู„ุงَ ูŠُุคْู…ِู†ُ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ، ุญَุชَّู‰ ุฃَูƒُูˆู†َ ุฃَุญَุจَّ ุฅِู„َูŠْู‡ِ ู…ِู†ْ ูˆَุงู„ِุฏِู‡ِ ูˆَูˆَู„َุฏِู‡ِ ูˆَุงู„ู†َّุงุณِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠู†َ

Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling ia kasihi dari ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya.

๐Ÿ€ *Dakwah Tanggungjawab Kita*

๐ŸŒทPertubuhan Pendakwah Selangor (PPS)
27hb Februari 2019

๐ŸŒ #himpunanasatizah #pps

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Kompleks Islam Al Farabi, Jor Kaeng Kemboja 
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


0 ulasan: