Rabu, 26 April 2017

Ibrahim mengaku tipu rakyat


KUALA LUMPUR – Ibrahim Mat Zin atau digelar sebagai Raja Bomoh Sedunia yang sering mencetuskan kontroversi semalam membuat pengakuan secara terbuka bahawa semua ritual yang dilakukannya selama ini adalah satu pembohongan semata-mata.
Berikutan tindakannya yang mengelirukan rakyat negara ini, Ibrahim memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan syiriknya itu.
Pengakuan melakukan pembohongan dan permohonan maaf itu dilakukan oleh Ibrahim, 66, pada sidang akhbar khas anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini.
Turut menyaksikan pengakuan Ibrahim itu ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Pengarah Jawi, Abdul Aziz Jusoh.
Semasa berlangsungnya ikrar tersebut, Ibrahim yang turut mengaku dia sudah bertaubat juga tidak lagi mahu menggunakan gelaran Raja Bomoh Sedunia.
Sepanjang pengakuan selama kira-kira 10 minit, Ibrahim dilihat sugul dan sekali-sekala mengesat matanya.
“Semua ritual pelik yang saya lakukan bukan atas kehendak diri sendiri tetapi hanya mengikut arahan pihak tertentu yang tidak dapat saya dedahkan demi menjaga kepentingan pihak terbabit. Saya tidak mendapat sebarang bayaran.
“Semua ini drama semata-mata untuk menyeronokkan cerita. Saya telah dilatih untuk menggoncang buah kelapa jadi saya menggoncang buah tersebut. Saya disuruh mengambil buah kelapa untuk buat seperti bom, saya buat tetapi saya tidak tahu semua ini salah,” luahnya.
Selain itu, Ibrahim memberi­tahu, bagi menampakkan diri­nya berkebolehan luar biasa, pihak tertentu itu memintanya supaya menggunakan gelaran Raja Bomoh Sedunia.
“Mereka meminta saya menggunakan gelaran Raja Bomoh Sedunia untuk menunjukkan kehebatan saya tetapi mulai hari ini (semalam), saya tidak lagi mahu digelar sebagai Raja Bomoh Sedunia,” akuinya.
Kredit Kosmo Online -Hakcipta terpelihara 


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja


Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013 755 7011 / 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: