Jumaat, 15 April 2016

Video Zakir Naik Islamkan Nina Grace di Kemaman

 
 
Seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace berbangsa Philippines telah memeluk islam di Program Grand Finale  Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman.
Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, offshore engineering Ranaco. Sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah,3 kul dan Qursi sejak berumur 13 tahun.
 
Dr Zakir Naik berjaya mengislamkan seorang gadis Kristian berusia 19 tahun, Nina Grace dari Filipina yang mengikuti syarahannya di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.  di sini, sebentar tadi. Nina dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan Dr Zakir mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad.

Gadis itu mengucap syahadah di hadapan lebih 30,000 hadirin dan kelihatan sedikit sebak.
 
 
 
 

0 ulasan: