Isnin, 26 Mei 2014

Info Ramadhan 1435 Ad Diniyyyah - #Syoknya Ramadhan @ Ad Diniyyah



Ruj. Kami:( JKSAD -13-16 / 01 / 14 )
Ruj tuan:

26 MEI  2014
26 REJAB 1435

Kepada
Semua Ahli Kariah
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Per: program ihya’ ramadhan surau ad diniyyah taman bandar baru selayang fasa 2a untuk tahun 1435H / 2014

Perkara di atas adalah dirujuk

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Surau Ad Diniyyah pada 25 Mei 2014 telah memutuskan beberapa perkara berikut: 

1   Gotong Royong Perdana membersihkan kawasan persekitaran surau akan diadakan pada hari Sabtu 21 Jun  2014 jam 8.30 pagi. Muslimin dan muslimat diminta datang ke surau pada hari tersebut. Jamuan makan disediakan. Sila bawa peralatan bergotong royong yang sesuai.

1   Jamuan Moreh: AJK Surau telah memutuskan untuk membuat kutipan sebanyak minimum RM50.00 setiap rumah untuk jamuan moreh sepanjang Ramadhan tahun ini. (Sila dapatkan borang sumbangan di surau dan serahkan sumbangan pada Bendahari Hj. Sapuan Daman. Anda akan menerima resit rasmi surau untuk setiap sumbangan)

1   Tender Moreh : Tender untuk penyediaan moreh dibuka mulai sekarang. Sila serahkan sebut harga kepada Bendahari Surau (Haji Sapuan Daman) sebelum 22 Jun 2014. Sebut harga adalah untuk jamuan selama 27 hari bermula 28 Jun 2014 – 25 Julai 2013. Penyediaan makanan untuk 200 orang setiap malam. (Sila nyatakan menu terperinci harian dan khidmat lain yang disediakan)

1   Tadarrus Al Quran :  Tadarrus Al Quran akan diadakan sepanjang malam. Ibu bapa digalakkan mendaftarkan anak – anak mengikuti program ini. Hadiah galakan dan insentif akan diberikan di akhir Ramadhan nanti. Untuk memberikan lebih motivasi kepada anak – anak ibu bapa juga disaran untuk mengikuti sama program Tadarrus ini. Sebarang pertanyaan berhubung Tadarrus sila hubungi Ustaz Khairul Anuar dan En. Akashah, Ustaz Faid , Hajjah Azizian Zainal Abidin, Hajjah Azizah Salim dan Puan Sharifah Abdullah

1   Sumbangan Iftar Muslimat: Lajnah Muslimat akan mengedarkan juadah berbuka secara PERCUMA  pada setiap Selasa , Khamis dan Ahad sepanjang Ramadhan. Kaunter akan dibuka pada setiap lepas Asar di padang permainan. Semua dijemput datang mengambil juadah tersebut. Sebarang sumbangan untuk tujuan tersebut sila berhubung terus dengan Lajnah Muslimat.

1   Tahlil Arwah : Majlis tahlil akan diadakan sepanjang malam. Ahli kariah yang berhajat untuk mengadakan tahlil sila isi borang tahlil (dapatkan borang di surau mulai sekarang)

1   Sumbangan Ihya’ Ramadhan : Sumbangan yang boleh dibuat adalah dalam bentuk

o    Sumbangan susu / gula / teh / milo / nescafe / biskut
o    Sumbangan anak – anak yatim
o    Sumbangan berbuka puasa
o    Sumbangan Bersahur pada 10 malam terakhir di surau
o    Sumbangan untuk anak – anak yang bertadarrus
o    Sumbangan untuk imam Tarawikh

1   Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie) : Surau Ad Diniyyah akan mengadakan dua kali Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan 1435

o    05 Julai 2014 : Iftar Jamaie’Anjuran Surau Ad Diniyyah

o    19 Hb Julai 2014: IFTAR JAMA’IE PASTI AR-RAUDHAH & SURAU AD DINIYYAH 2013 BERSAMA USTAZ SYED KADIR AL JUFRI DAN KUMPULAN NASYID UNIC (IFTAR RAUDINIY 2014)

1   Majlis Khatam Al Quran / Penyampaian Sumbangan Majlis tersebut akan diadakan pada Khamis 24 Julai 2014.

1   Disiplin Anak – Anak : Kerjasama dari ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal disiplin anak – anak sepanjang berada di surau. Sila pastikan anak – anak tidak membuat bising dan mengganggu jemaah beribadah.

1   Qiamullail di 10 Terakhir Ramadhan : Qiam akan bermula jam 3.30 – 5.00 pagi)

1   Urusan Zakat Harta / Pendapatan /Zakat Fitrah : Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 013-3672260

1   Maklumat Fakir miskin dan anak – anak yatim : Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 013-3672260

3.            Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi
o    Pengerusi Surau : Haji Zulkifli Bin Wahijan 013-3672260
o    Setiausaha : SK  013-2791608.
o    Bendahari : Haji Sapuan Daman 013-3320300.
o    Bendahari Pusat Tahfiz : En. Ahmad Bin Alias 019-243-9495
o    Lajnah Muslimat : Puan Hajjah Azizah Binti Salim 016-317-1827

Sekian Terima kasih

Yang Benar

SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah
013 – 2791608 






S U R A U K I N I


Menyokong penuh usaha


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: