Isnin, 4 November 2013

Sijil Upah Haji / Badal Haji 1434 siap untuk diserahkan kepada semua waris. Terima kasih atas sokongan

 
Sebahagian Sijil Badal Haji 1434 siap untuk diserahkan.
 
Alhamdulillah SK baru saja menerima (sebahagian ) Sijil Badal Haji 1434 dari pihak di Makkah. Insyallah SK akan mulakan penghantaran Sijil kepada waris dalam waktu terdekat. Seperti yang dijanjikan, sijil Insyallah akan selamat sampai ke tangan waris selewat - lewatnya penghujung November 2013.
 
Kepada waris yang belum menerima sijil dan air zam zam sebanyak 10 liter sehingga 30 November 2013 sila hubungi SK 013 2791608 untuk tindakan.
 
Insyallah Sempurna.


04 NOVEMBER 2013

Kepada
 
Semua peserta
Badal Haji / Upah Haji 1434 / 2013

Pengesahan Pelaksanaan Badal Haji / Upah Haji  bagi Tahun 2013 / 1434

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Kristal Tasnim Enterprise telah melaksanakan amanah Badal Haji / Upah Haji  bagi pihak tuan / puan untuk tahun ini. Pelaksanaan upah haji ini  telah disempurnakan pada 14 Zulhijjah 1434 yang lalu.

2.          Semua urusan badal haji, bacaan yassin dan tahlil serta Khatam Al Quran telah turut disempurnakan pada tarikh tersebut

3.          Bersama – sama ini kami sertakan sijil pengesahan penyempurnaan upah haji tuan / puan.


4.             Pihak Kristal Tasnim mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak tuan. Semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu di lain waktu.

Yang Benar
 
SK
Pengarah
Kristal Tasnim

 

0 ulasan: