Selasa, 18 Jun 2013

Program Ihya' Ramadhan 1434 Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah



Ruj. Kami:( JKSAD -13-16 / 01/ 13 )
Ruj tuan:

18  JUn 2013
09 Sya’ban 1433

 
Kepada
Semua Ahli Kariah
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Per: program ihya’ ramadhan surau ad diniyyah taman bandar baru selayang fasa 2a untuk tahun 1434H / 2013

Perkara di atas adalah dirujuk 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Surau Ad Diniyyah pada 16 Jun 2013 telah memutuskan beberapa perkara berikut:

1   Gotong Royong Perdana membersihkan kawasan persekitaran surau akan diadakan pada hari Ahad 07 Julai 2013 (Ahad)  jam 8.30 pagi. Muslimin dan muslimat diminta datang ke surau pada hari tersebut. Jamuan makan disediakan. Sila bawa peralatan bergotong royong yang sesuai.

1   Jamuan Moreh: AJK Surau telah memutuskan untuk membuat kutipan sebanyak minimum RM50.00 setiap rumah untuk jamuan moreh sepanjang Ramadhan tahun ini. (Sila dapatkan borang sumbangan di surau dan serahkan sumbangan pada Bendahari Hj. Sapuan Daman. Anda akan menerima resit rasmi surau untuk setiap sumbangan)

1   Tender Moreh : Tender untuk penyediaan moreh dibuka mulai sekarang. Sila serahkan sebut harga kepada Bendahari Surau (Haji Sapuan Daman) sebelum 30 Jun 2013. Sebut harga adalah untuk jamuan selama 27 hari bermula 10 Julai 2013 – 05 Ogos 2013. Penyediaan makanan untuk 200 orang setiap malam. (Sila nyatakan menu terperinci harian dan khidmat lain yang disediakan)

1   Tadarrus Al Quran :  Tadarrus Al Quran akan diadakan sepanjang malam. Ibu bapa digalakkan mendaftarkan anak – anak mengikuti program ini. Hadiah galakan dan insentif akan diberikan di akhir Ramadhan nanti. Untuk memberikan lebih motivasi kepada anak – anak ibu bapa juga disaran untuk mengikuti sama program Tadarrus ini. Sebarang pertanyaan berhubung Tadarrus sila hubungi En. Akashah, Ustaz Faid , Hajjah Azizah Salim dan Puan Sharifah

1   Sumbangan Iftar Muslimat: Lajnah Muslimat akan mengedarkan juadah berbuka secara PERCUMA  pada setiap Isnin , Rabu dan Jumaat sepanjang Ramadhan. Kaunter akan dibuka pada setiap lepas Asar di padang permainan. Semua dijemput datang mengambil juadah tersebut. Sebarang sumbangan untuk tujuan tersebut sila berhubung terus dengan Lajnah Muslimat.

1   Tahlil Arwah : Majlis tahlil akan diadakan sepanjang malam. Ahli kariah yang berhajat untuk mengadakan tahlil sila isi borang tahlil (dapatkan borang di surau mulai sekarang atau secara online di sini

1   Sumbangan Ihya’ Ramadhan : Sumbangan yang boleh dibuat adalah dalam bentuk

o    Sumbangan susu / gula / teh / milo / nescafe / biskut
o    Sumbangan anak – anak yatim
o    Sumbangan Penajaan Ustaz pentazkirah
o    Sumbangan Majlis Tahlil
o    Sumbangan berbuka puasa
o    Sumbangan Bersahur pada 10 malam terakhir di surau
o    Sumbangan untuk anak – anak yang bertadarrus
o    Sumbangan untuk imam Tarawikh
o    Sumbangan untuk Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

1   Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie) : Surau Ad Diniyyah akan mengadakan tiga kali Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan 1433

o    14 Julai 2013 Ahad : Iftar Jamaie’Anjuran Surau Ad Diniyyah

o    28 Julai 2013 Ahad : IFTAR JAMA’IE PASTI AR-RAUDHAH & SURAU AD DINIYYAH 2013 BERSAMA PERSONALITI PILIHAN (IFTAR RAUDINIY 2013)

o    04 Ogos 2013 Ahad : Iftar Jamaie’ Anjuran Lajnah Muslimat

1   Majlis Khatam Al Quran / Penyampaian Sumbangan Majlis tersebut akan diadakan pada 04 Ogos 2013 selepas solat asar di surau

1   Disiplin Anak – Anak : Kerjasama dari ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal disiplin anak – anak sepanjang berada di surau. Sila pastikan anak – anak tidak membuat bising dan mengganggu jemaah beribadah.

1   Qiamullail di 10 Terakhir Ramadhan : Qiam akan bermula jam 3.30 – 5.00 pagi)

1   Urusan Zakat Harta / Pendapatan /Zakat Fitrah : Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 013-3672260

1   Maklumat Fakir miskin dan anak – anak yatim : Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 013-3672260

3.            Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi  

o    Pengerusi Surau : Haji Zulkifli Bin Wahijan 013-3672260
o    Timbalan Pengerusi Surau: Ustaz Azhari Ibrahim : 013-9842644
o    Setiausaha : SK 013-2791608.
o    Bendahari : Haji Sapuan Daman 013-3320300.
o    Bendahari Pusat Tahfiz : En. Ahmad Bin Alias 019-243-9495
o    Lajnah Muslimat : Puan Hajjah Azizah Binti Salim 016-317-1827

Sekian Terima kasih
Yang Benar

SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah
013 – 2791608
















0 ulasan: