Jumaat, 19 April 2013

Video - Pesan Wardina Saffiyah jauhi politik lucah!!


KUALA LUMPUR: Penyebaran video lucah mutakhir ini telah mengundang ketakutan di kalangan ibu bapa apabila ia sudah dilihat sebagai satu budaya yang boleh menjejaskan akhlak dan masa depan anak-anak.

Ketakutan ini turut dirasai oleh Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah yang merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka.

Wardina yang ditemui selepas sidang media membantah penyebaran video lucah oleh parti lawan Pakatan Rakyat dalam media khasnya facebook dan youtube.

"Saya takut keruntuhan akhlak yang semakin serius, saya banyak turun padang jumpa dengan NGO, jumpa dengan budak-budak yang bermasalah, kita banyak jumpa dengan orang seperti, jadi kita lihat mereka ini," katanya.

Ekoran inilah katanya, peranan pemimpin teramat penting dalam menyekat perkara-perkara yang boleh mengundang kemaksiatan dan budaya penyebaran video lucah di kalangan generasi muda hari ini untuk kepentingan politik masing-masing.

Wardina percaya semua rakyat mahukan seorang pemimpin yang berakhlak, bersih, amanah, jujur dan baik akhirnya melahirkan generasi yang baik dan bebas daripada budaya lucah seperti ini.

"Baru-baru ini saya 'postkan' di Facebook saya mengatakan kita sudah mempunyai bangunan yang tinggi dalam masa yang sama kita perlukan pemimpin dan juga masyarakat berakhlak yang tinggi ini sangat diperlukan," katanya ketika ditemui dalam sidang media Ngo Wanita Membantah Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU 13.





 
Malah katanya, sebuah negara yang maju mempunyai masyarakat yang menyintai ilmu walaupun berbeza ideologi tetapi semua ada matlamat yang sama iaitu sayangkan Malaysia.

"Kita mampu duduk semeja dengan pihak lawan menyatakan pandangan masing-masing iaitu saya tidak bersetuju dengan awak tetapi kita boleh jadi kawan.

"Tetapi hari ini tidak boleh duduk semeja, bahkan caci mencaci, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, benci membenci...'very bad'!.

"Saya tidak mahu anak-anak saya dibesarkan dalam masyarakat seperti ini(terdedah kepada video lucah), maka saya memperomosikan akhlak yang baik berkempen untuk berakhlak baik tidak kira di pihak mana," ujarnya.

Wardina turut melahirkan harapan agar mana-mana pemimpin negara yang bakal mewarisi negara selepas ini bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan masalah sosial yang sangat tenat.

Dan agenda utama serta harapannya sebagai seorang ibu, Wardina meminta pemimpin ini benar-benar memberi tumpuan penuh dan ini sangat penting sebagai agenda utama bagi memperbaiki sosial dan akhlak rakyat.

"Pembangunan kita sudah banyak dan berkembang malangnya pembangunan insan dan akhlak tidak selari dengan pembangunan negara
 
 
 
 

0 ulasan: