Sabtu, 6 April 2013

Kitab Mestika Hadith - Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman Siri 02



Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0820.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Biasanya, bila Rasulullah saw. berkhutbah, kedua matanya merah (berapi - api), suaranya lantang, dan semangatnya berkobar tinggi, bagaikan seorang panglima perang sedang memberi komando kepada bala tenteranya. Sabda beliau antara lain, "Waspadalah selalu, pagi dan petang. Masa kebangkitanku dan hari kiamat seperti ini lalu beliau perlihatkan telunjuk dan jari tengahnya (maksudnya sangat dekat). "Sesungguhnya sebaik - baik pengajaran ialah Kitabullah, dan sebaik - baik pemimpin ialah kepemimpinan Muhammad saw. Dan sejahat - jahat perbuatan ialah yang diada - adakan; sedangkan tiap - tiap yang diada - adakan itu adalah sesat. Agamaku lebih utama bagi setiap orang mukmin daripada dirinya sendiri. Kerana itu bila seorang mukmin mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk keluarganya. Tetapi jika dia meninggalkan hutang atau keluarga yang terlantar, maka hal itu adalah tanggungjawab ku."
 

 


0 ulasan: