Rabu, 13 Mac 2013

Video Kereta Lamborghini buatan China untuk bawa baja. :)

 
Macam - macam kerenah orang China. Kreatif dan rajin berusaha.
 
Seorang mekanik dan petani berasal dari China, Wang Jian, membina sebuah replika kereta Lamborghini Reventon dengan menggunakan barangan terpakai.

Walaupun kelajuannya amat jauh terpisah dengan supercar dengan harga 840.000 pound itu, dan digunakan untuk mengangkut baja, namun Jian yang tinggal di wilayah Jiangsu di timur China ini mencurahkan seluruh kemampuannya untuk membuat replika kereta tersebut daripada besi terpakai.

Lelaki berusia 28 tahun itu, memulakan usahanya untuk membina replika Lamborghini ini bulan Mei tahun lalu, ketika ia membeli sebuah Volkswagen terpakai

Usahanya telah berjaya, tetapi Jian tidak dibenarkan untuk memandu kereta ini di jalan raya kerana ia tidak mempunyai permit

Meskipun begitu, Lamborghini buatan Jian masih boleh digunakan sebagai kenderaan pengangkut baja.
 

 





0 ulasan: