Jumaat, 29 Mac 2013

Keputusan SPM - 11 Pelajar Tahfiz bukti kebolehan

 
 
Shah Alam: Seramai 11 pelajar tahfiz yang dipilih mengikuti program Unismart anjuran bersama Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) membuktikan persediaan yang singkat bukan alasan untuk tidak berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
 
Dalam tempoh kurang enam bulan bermula Januari sehingga Mei tahun lalu, pelajar yang terpilih bertungkus - lumus menguasai 11 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Bekas pelajar Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas, Kelantan, Mohd Syakirin Islah Che Razali, 18, yang mencatatkan keputusan 5A dan 5B daripada 11 subjek yang diambil termasuk Fizik, Biologi dan Kimia bergantung sepenuhnya dengan buku sebagai bahan rujukan.
“Saya tidak hadir ke kelas formal apatah lagi belajar mengenai formula untuk menjawab setiap soalan dalam SPM. Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca dan membuat latihan untuk memahami setiap subjek yang saya duduki.

“Memang diakui bukan mudah untuk menguasai setiap subjek yang diambil dalam tempoh lima bulan, namun berkat keazaman untuk berjaya, saya memberi tumpukan dalam kelas ketika guru mengajar.

“Terima kasih kepada Unismart dan tenaga pengajar yang tidak jemu mendidik saya dan rakan yang lain sehingga kami memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa kepada Ezzah Madihah Mohd Ismail, 22, Juanania Ibrahim dan Mohd Ismail Mohd Amin, bersyukur Unismart menyediakan ruang untuk anaknya belajar dan menduduki SPM selain mendapat keputusan yang cemerlang.
 


5 ulasan:

kirin kazuya berkata...

haha...thats me..sayalah syakirin...tq publish at cni

kirin kazuya berkata...

haha...thats me..sayalah syakirin..tq sbab publish at cini

kirin kazuya berkata...

thats me...tq coz publish at sini

kirin kazuya berkata...

thats me...tq coz publish at sini

kirin kazuya berkata...

thats me...tq coz publish at sini