Jumaat, 22 Mac 2013

Jom! Sertai Whatsapp Suraukini



Jom sertai Whatsapp SURAUKINI untuk mengetahui perkembangan aktiviti terkini Surau Ad Diniyyah. Group SURAUKINI dan SURAUKINI2 telah diwujudkan. Manfaatkan room whatsapp untuk info berfaedah sahaja.
 
Insyaallah anda akan mengetahui jadual kuliah terkini, pembatalan dan penceramah gantian. Jangan kecewa sekiranya jadual kuliah dibatalkan disaat akhir. Ustaz penceramah adalah manusia biasa juga, kadang - kadang ada keuzuran yang menghalang mereka untuk hadir menyampaikan kuliah.
 
INGIN MENYERTAI WHATSAPP SURAUKINI??
 
Sila Whatsapp ke 013-2791608. Maklumkan nama dan lokasi anda. Penduduk yang berdekatan dengan Surau Ad Diniyyah (Ahli Kariah Masjid Sg Tua) adalah dialu - alukan untuk menyertai whatsapp Suraukini.
 
Jom! Makmurkan Surau. Manfaatkan Whatsapp untuk menyebarkan dakwah Islam.
 
Gunakan bahasa yang sesuai ketika memberi pandangan dan pendapat. Tiada manusia yang sempurna.

Ahli Group Whatsapp SURAUKINI yang ingin menarik diri bebas untuk delete and exit group pada bila - bila masa tanpa prejudis.

Selamat Berwhatsapp!! :)














0 ulasan: