Rabu, 6 Julai 2011

Pekeliling Ramadhan 1432H - Makluman Setempat



Surau Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A,

6 JULAI 2011
04 SYA’BAN 1432

Kepada
Semua Ahli Kariah
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PER: PEKELILING PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1432H

Perkara di atas adalah dirujuk
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Surau Ad Diniyyah pada 25 Jun 2011 telah memutuskan beberapa perkara berikut:
  • Gotong royong Perdana membersihkan kawasan persekitaran surau akan diadakan 2 kali pada hari Ahad 17hb Julai 2011 (Ahad) jam 8.30 pagi dan pada 30 Julai 2011 Sabtu jam 8.30 Pagi. Muslimin dan muslimat diminta datang ke surau pada hari tersebut. Jamuan makan disediakan. Sila bawa peralatan bergotong royong yang sesuai
  • Jamuan Moreh: AJK Surau telah memutuskan untuk membuat kutipan sebanyak RM50.00 setiap rumah untuk jamuan moreh sepanjang Ramadhan tahun ini. (Sila dapatkan borang sumbangan di surau dan serahkan sumbangan pada Bendahari
  • Tender Moreh : Tender untuk penyediaan moreh dibuka mulai sekarang. Sila serahkan sebut harga kepada Bendahari Surau sebelum 21 Julai 2011. Sebut harga adalah untuk jamuan selama 27 hari bermula 31 Julai 2011 – 26 Ogos 2011. Penyediaan makanan untuk 200 orang setiap malam. (Sila nyatakan menu terperinci harian dan khidmat lain yang disediakan)
  • Tadarrus Al Quran : Tadarrus Al Quran akan diadakan sepanjang malam. Ibu bapa digalakkan mendaftarkan anak – anak mengikuti program ini. Hadiah galakan dan insentif akan diberikan di akhir Ramadhan nanti. Untuk memberikan lebih motivasi kepada anak – anak ibu bapa juga disaran untuk mengikuti sama program Tadarrus ini. Sebarang pertanyaan berhubung Tadarrus sila hubungi Ustaz Abdul Rahman, Haji Solahuddin dan Hajjah Norbayti Abu Asid
  • Tahlil Arwah : Majlis tahlil akan diadakan sepanjang malam. Ahli kariah yang berhajat untuk mengadakan tahlil sila isi borang tahlil (dapatkan borang di surau)
  • Sumbangan Ihya’ Ramadhan : Sumbangan yang boleh dibuat adalah dalam bentuk  
o Sumbangan susu / gula / teh / milo / nescafe / biskut
o Sumbangan anak – anak yatim 
o Sumbangan Penajaan Ustaz pentazkirah
o Sumbangan Majlis Tahlil
o Sumbangan berbuka puasa 
o Sumbangan Bersahur pada 10 malam terakhir di surau
o Sumbangan untuk anak – anak yang bertadarrus
o Sumbangan untuk Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

  • Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie) : Surau Ad Diniyyah akan mengadakan dua kali Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan 1430  

  • 20 Ogos 2011 Sabtu : Iftar Jamaie’ Kerjasama Surau dan PASTI AR- RAUDAH. berbuka puasa bersama USTAZ ZAMRI ZAINULDIN (Mari Mengaji TV9)
  • 06 Ogos 2011 : Iftar Jamaie’ Anjuran Lajnah Muslimat 
  • 13 Ogos 2011 : Iftar Jamaie’ Anjuran Surau Ad Diniyyah

  • Majlis Khatam Al Quran : Majlis tersebut akan diadakan pada 26 Ogos 2011 (Jumaat).
  • Sumbangan Iftar Percuma Anjuran Muslimat: Lajnah Muslimat akan mengedarkan juadah berbuka secara PERCUMA pada setiap Isnin, Rabu , Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan. Kaunter akan dibuka pada setiap lepas Asar di padang permainan. Semua dijemput datang mengambil juadah tersebut. Sebarang sumbangan untuk tujuan tersebut sila berhubung terus dengan Lajnah Muslimat.
  • Disiplin Anak – Anak : Kerjasama dari ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal disiplin anak – anak sepanjang berada di surau. Sila pastikan anak – anak tidak membuat bising dan mengganggu jemaah beribadah.
  • Qiamullail di 10 Terakhir Ramadhan : Qiam akan bermula jam 3.30 – 5.00 pagi)
  • Urusan Zakat dan Zakat Fitrah : Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan
  • Maklumat Fakir miskin dan anak – anak yatim : Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan
Sekian Terima kasih
Yang Benar
 SK

Download Borang Sumbangan Di sini
SK: Maaf, 2 hari tak update blog , hihihih, SK di masjid Negara menyahut Lambaian Kaabah - Jumpa SK di "sana"

 
SK menyahut lambaian Kaabah
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: