Ahad, 22 Ogos 2010

Travelog Haj 1432 - Kubur di atas kubah Makam Nabi?

Objek Misteri di atas kubah penuh tanda Tanya.

Sumber dari email

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.
Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang pernah mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad S.A.W, kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah S.A.W. Namun, ketika sang pelaku cuba memanjat kubah tersebut untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun mati di situ juga. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu mengalih tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Sheikh Al-Zubaidi juga mengatakan bahawa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada siapapun yang boleh mengalih mayat dari atas kubah itu dan mayat itu mesti dikuburkan di situ sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di situ, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

SK : Mungkin anda mempunyai fakta yang lebih tepat yang dapat dikongsikan . Wallahu A'lam bissawab!

Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432
Allah merahmati orang yang bercukur















1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam SK,
dari pembacaan amber baru2 ni.. rata2 ia mengisahkan spt mana SK ceritakan akan tetapi dari apa yg amber baca ia berkisar sebaliknya & amber ringkaskn sedikit ye. sebenarnya ia merupakan pintu utk access ke bumbung Kubah Masjid Nabawi (mgkn utk proses pembersihan dan sbgnya - ambe dh xingt)dan mengapa ia dililit sedemikian rupa? kerana utk mengelakn daripada dimasuki pencuri kerana didlm Masjid Nabawi mgkn terdpt byk brg2 berharga (apa dia brg berharga tu amber dok tahu la sbb amber belum diIzinkn Allah utk ke sana mgkn SK tahu..:) apa2 pn wallahu'alam dari apa yg ambe baru sbb ambe pung menganggap ia adalah kubur walhal bukan..

wallahu'alam

-dok rok chetong-