Sabtu, 24 Julai 2010

Gempa Bumi?? SK rasa bangunan bergegar

Baru sebentar tadi kira - kira jam 10.15 pagi SK dapat merasakan seperti berlaku gerak gegar bangunan sekitar kawasan Gombak dalam 3 ke 5 saat . SK cuba melihat ke bawah bangunan, meninjau takut - takut ada kerja - kerja pembinaan sedang dilakukan di kawasan sekitar bangunan,. tapi tak nampak pula apa - apa kerja - kerja berat pembinaan. Beberapa rakan SK turut merasai gerak bangunan. Masyaaalah!!

Ada siapa - siapa dapat sahkan adakah ini gegar gempa?? Harap dapat kongsi maklumat. Subhanallah. Meremang juga bulu tengkuk.

Kita tunggu berita di TV kejap lagi ! Mungkin ada maklumat.

TERKINI SAH ADA GEMPA 6.1 SR

SK telah buat semakan di jabatan Meteorologi sah ada gegaran

Tarikh : 24/07/10
Masa: 10.11 pagi
Lokasi Northern Sumatera 1.1°N 99.5°E
Kekuatan : 6.1
Kategori : Kuat
Jarak : 40 km Tenggara Padang Sidempuan, Indonesia. 307 km Barat Daya Klang

sumber klik sini



HADIS RASULULLAH MENGENAI HAMPIRNYA KIAMAT

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat - alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

Video gempa di Sumatera 30 September tahun lalu. Hiruk pikuk suara manusia


Mungkin juga yang ini molek untuk pengajaran untuk jiwa yang alpa
lihat video di bawah , mata apa yang ada di langit sewaktu kejadian gempa di Padang?













0 ulasan: