Rabu, 12 Mei 2010

Hari Ibu Dalam Kenangan - Menziarahi Keluarga En. Zakaria


Malam tadi SK dan isteri berkesempatan menziarahi keluarga En. Zakaria di rumahnya. En. Zakaria yang kematian isterinya di dalam kemalangan tragis di Jalan Sungai Tua Sabtu lepas. Kesedihan masih jelas di wajahnya. Wajah sugul anak - anak jelas terserlah. Anak - anak yang yang kehilangan ibu pada ketika mereka sibuk membuat persiapan menyambut Hari Ibu. Sukar untuk membayangkan perasan mereka. Hanya Allah mengetahui.

Semoga Allah mengurniakan mereka kesabaran

Firman Allah Taala

"Tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)


Terimakasih kepada semua Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan yang telah membuat kutipan derma untuk membantu keluarga Allahyarhamah. Sumbangan tersebut telah diserahkan malam tadi. Semoga Allah menerima amal baik anda.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takziah untuk keluarga En Zakaria. Al-Fatihah untuk almarhumah isteri beliau