Jumaat, 9 April 2010

Ayam mati lemas. Awas! Cari yang halal




KUALA LUMPUR:

Meloyakan dan tidak sepatutnya berlaku apabila ada segelintir peniaga ayam tempatan bertindak menjual ‘ayam lemas’ kepada pelanggan Islam walaupun menyedari ia meragukan dan boleh dianggap sebagai bangkai.Kewujudan ayam lemas itu didedahkan berikutan penemuan tiga tong penuh berisi air yang digunakan peniaga ayam untuk melemaskan ratusan ayam dalam satu pemeriksaan mengejut di Pasar Sentul di sini, awal pagi semalam.

Lebih menjijikkan apabila peniaga turut sengaja mencampakkan puluhan ayam yang baru disembelih ke lantai berlumut sebelum dijual kepada orang ramai.

Tindakan yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di pasar berkenaan.

Sumber berkata, operasi bermula jam 4 pagi itu disasarkan ke kawasan pasar terbabit bagi menilai tugas penyembelihan ayam selain memastikan ia mengikut hukum syarak serta halal sebelum dijual kepada pengguna Islam.

“Dalam operasi itu, empat premis sembelihan ayam di pasar terbabit diperiksa, tetapi tiga daripada premis berkenaan tidak menjalankan perniagaan seolah - olah mengetahui lebih awal kehadiran pihak berkuasa.

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


0 ulasan: